TESTIMONI PENGGUNA PRODUK GAMAT EMAS

TESTIMONI PENGGUNA PRODUK GAMAT EMAS
Encik Yap Bun Tek
“25 tahun tidak boleh berjalan akibat gout,
kini sudah boleh berlari!”

Asal : Mukim Ayer Putih, Pendang, Kedah
Penyakit : Gout
Produk digunakan : G.Cafe (original) dan Bioseed
Yap Bun Tek, seorang penghidap penyakit gout kronik tidak pernah bermimpi bahawa beliau kini boleh berjalan semula. Selama 25 tahun Encik Yap tidak dapat berjalan dan bergerak. “Sebenarnya saya pernah dimasukkan ke hospital selama 3 hari. Keadaan saya ketika itu sangat kritikal. Saya pernah tulis wasiat untuk keluarga, saya ingat tak akan sembuh’’, ujar Encik Yap. Encik Yap kemudiannya mengambil G.Cafe pada sebelah petang dan Bioseed pada sebelah pagi. Selepas seminggu Encik Yap semakin pulih seperti sediakala. Beliau kini sudah mampu berjalan, membawa motor, bahkan, kini menjual G. Café sebanyak 30 kotak sehari!

TESTIMONI PENGGUNA PRODUK GAMAT EMAS

Peringatan : Sebahagian dari gambar yang akan dipaparkan agak ngeri dan mungkin mengganggu emosi sebahagian dari anda yang melihatnya.

TESTIMONI PENGGUNA PRODUK GAMAT EMAS
Puan Siti Khalijah Yahya
Bisul Sebesar Tapak Tangan Pulih Dalam Masa 2 Bulan!
Siti Khalijah Yahya
"Alhamdulillah, Tidur Malam Saya Kini Lebih Nyenyak Dari Biasa"
Lima tahun saya menanggung penderitaan penyakit kencing manis, darah tinggi dan gastrik. Tidur malam kerap terganggu kerana kerap buang air kecil. Tulang belakang saya turut sakit akibat jatuh kerana pening dan pitam. Kesan dari penyakit kencing manis ini, beberapa biji bisul telah membentuk satu luka sebesar tapak tangan. Lama-kelamaan luka tersebut berlubang sedalam 3 inci sehingga menampakkan tulang belikat. Dalam tempoh tersebut
saya terpaksa menyuntik insulin sebanyak 4 kali sehari. Pelbagai rawatan telah saya ambil termasuk rawatan tradisional tetapi tidak memberi kesan. Pada suatu hari, sewaktu saya pulang dari Hospital Grik, saya mendapat tahu tentang produk Gamat eMas, lalu mencuba Pati Gamat Plus, Bioseed dan G-Café. 2 hari pertama selepas mengambil produk-produk ini saya dapat rasakan kesakitan pada luka saya semakin berkurangan. Setelah 5 bulan menggunakan produk-produk GAMAT EMAS, luka di belakang badan saya ini telah menunjukkan tanda-tanda sembuh. Hal ini cukup melegakan saya kerana doktor telah menyatakan bahawa saya tidak akan sembuh walaupun dalam masa setahun. Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T dan yakin setiap penyakit ada ubatnya asalkan kita sabar dan berusaha. InsyaAllah.
Penyakit/Masalah: Kencing Manis

KESAN PEMULIHAN / TINDAKBALAS PRODUK / HEALING PROCESS

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.
Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
  • Sakit atau pening kepala
  • Ruam kulit
  • Bisul atau kudis
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Perut berangin
  • Letih atau kepenatan
  • Berdebar
  • Cepat marah
  • Selsema atau batuk (kahak yang banyak)
  • Demam
  • Ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.

Apa itu Gamat dan Kelebihannya?

Apa itu Gamat dan Kelebihan Gamat ?


Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu.
Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.
Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior.
Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.
Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

TESTIMONI PENGGUNA PRODUK GAMAT EMAS - KONGSI CERITA.

BERSALIN
Rohani mustapha

" Produk GAMAT EMAS mempercepatkan lagi proses pemulihan selepas bersalin"

Penyakit/ Masalah : Bersalin
Produk digunakan : Bioseed, Pati Gamat Plus Vita dan Krim Urut

Air gamat yang dihasilkan secara tradisional walaupun berbau busuk tetap menjadi pilihan ibu-ibu yang baru bersalin kerana 1001 khasiat yang terkandung di dalamnya termasuk memulihkan rahim dan luka-luka dalaman.
Walaupun telah beberapa kali melahirkan anak, namun bagi Puan Rohani inilah kali pertama beliau menggunakan produk Gamat eMas sebagai rawatan selepas bersalin. "Sebelum ini saya sering mengamalkan jamu dan air akar kayu setiap kali selepas bersalin. Tetapi setelah mengetahui mengenai produk Gamat emas yang lebih mudah digunakan, saya tertarik untuk mencubanya kali ini.
"Ternyata bioseed dan Pati gamat plus Vita serta Krim Urut mempercepatkan lagi proses pemulihan selepas bersalin. Seminggu selepas saya meminum Bioseed dan Pati Gamat Plus Vita, darah kotor keluar dengan banyaknya, secara tidak langsung ia membersihkan rahim.